[Sidang Media] Penyertaan Dibuka bagi Festival Filem-Eko Kuala Lumpur 2016 Ke-9 (KLEFF2016)
Festival akan berlangsung di Publika Solaris pada Oktober 14-16, 2016
Rekaan poster oleh Christine Das, artis kontemporari dari Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR (FEB 16, 2016) – Pengarah Festival Filem-Eko Kuala Lumpur 2016 Kali Ke-9 (KLEFF2016), Fadly Bakhtiar, mengumumkan penyertaan filem pada tahun ini telah dibuka.
Tarikh penyertaan filem awal atau ‘early bird’ adalah sebelum 31 Mac 2016, tarikh penyertaan akhir rasmi adalah pada 30 Mei 2016 dan tarikh penyertaan lewat adalah pada 30 Jun 2016. Festival ini dijangka berlangsung pada 14 hingga 16 Oktober 2016 di pusat membeli belah, Publika Shopping Gallery, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur. Sila layari laman web rasmi KLEFF2016 di www.kleff.my untuk mendapatkan borang dan panduan penyertaan.
Poster KLEFF 2016 merupakan hasil seni daripada artis kontemporari dari Kuala Lumpur, Christine Das. “Christine menekankan dua isu penting yang sedang kita hadapi sekarang – penggerak kapitalisme dan kesannya kepada alam sekitar dan manusia,” kata Fadly.
“10 tahun yang lalu telah menunjukkan peningkatan dalam ekplorasi alam sekitar yang kritikal melalui filem. Perasaan simpati, kemahuan dan keinginan yang tinggi dalam mencari penyelesaian positif untuk menangani isu alam sekitar untuk kebaikan semua yang telah ditonjolkan dalam filem. Inilah yang kami ingin tonjolkan pada KLEFF2016 untuk memberi peringatan kepada para penonton; bahawa mereka adalah penyebab atau matlamat wujudnya festival filem seperti ini,” kata Penasihat Kehormat KLEFF, Yasmin Rasyid.

KLEFF 2016 akan menampilkan wajah-wajah baru sebagai hakim untuk pertandingan filem pada tahun ini. Antara hakim yang akan terlibat adalah Azuan Muda, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif TEEBTV, saluran penyiaran ‘online’; dan Adrian Yeo, pengasas Power Shift Malaysia, gerakan perubahan iklim terlibat dengan pelbagai inisiatif ke arah tenaga boleh diperbaharui, iaitu sumber yang bersih dan selamat pada generasi akan datang.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai KLEFF2016, sila layari laman web www.kleff.my dan juga melalui Facebook www.facebook.com/KualaLumpurEcoFilmFestival.
FESTIVAL FILEM-EKO ANTARABANGSA KUALA LUMPUR
Festival Filem-Eko Kuala Lumpur (KLEFF) berlangsung untuk tahun ke-9. Festival ini merupakan anjuran NGO alam sekitar, EcoKnights, telah menampilkan pelbagai dokumentari, animasi, filem eksperimental, dan sebarang filem bertemakan alam sekitar dari seluruh dunia. KLEFF merupakan platform untuk memupuk kesedaran pengunjung khususnya rakyat Malaysia mengenai isu-isu alam sekitar, serta menjadi inspirasi kepada mereka untuk bertindak ke atas isu-isu ini. Para pembikin filem serta tetamu khas dari dalam dan luar Negara dapat berkongsi pengalaman serta hasil kerja mereka semasa di festival ini. Apa yang lebih menarik, hasil karya mereka ini akan ditayangkan secara percuma. Filem-filem yang telah ditayangkan semasa festival ini akan ditayangkan semula di sekitar Kuala Lumpur, terutama tempat-tempat awam seperti kafe, sekolah, universiti, kawasan komersial atau pusat-pusat komuniti.
Antara komponen utama lain yang disediakan adalah Green Market, Bengkel Pembikinan Filem, Malam Anugerah KLEFF, Green Vibes dan pelbagai lagi.
Publika Solaris merupakan lokasi rasmi KLEFF. Sebarang maklumat lanjut boleh dilayari di www.KLEFF.my
MENGENAI ECOKNIGHTS®
EcoKnights® merupakan sebuah organisasi alam sekitar yang memperjuangkan kehidupan lestari dan menyokong komuniti penggiat seni yang bertemakan alam. Ahli lembaga EcoKnights terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Misi utama EcoKnights adalah berkhidmat kepada masyarakat melalui pendidikan dan kesedaran melalui penyelidikan, di mana kami juga terlibat dalam program konsultansi. Rakan kongsi EcoKnights terdiri daripada pelbagai agensi-agensi kerajaan dan komuniti, badan-badan korporat, serta NGO alam sekitar yang lain. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai EcoKnights, layari www.ecoknights.org.my.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Fadly Bakhtiar,
Pengarah Festival,
017-227 9270
fadly@ecoknights.org.my
